Netizen Kongsi Kesedihan Perajurit Wanita Sarawak Korban Nahas Helicopter, Ucap Takziah
KUCHING-- Netizen berkongsi kesedihan dengan pemergian LK I JJM Joanna Felicia ak Rohna berasal dari Sarawak salah seorang perajut wanita yang terkorban dalam nahas dua helikopter berlanggar di ruang udara dan terjatuh di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak hari ini.
Mangsa berasal dari Kampung Sumpas, Tampek Jalan Batu 11 Serian.
Rata-rata netizen yang terdiri daripada rakan dan saudara memuat nait hantaran menyatakan simpati kesedihan dengan kejadian dan mengucapkan takziah di akaun Facebook milik mangsa yang menggunakan nama akaun ARies JoaNna.
Dalam kejadian itu seramai tiga orang perajurit wanita menaiki salah sebuah helikopter yang terhempas iaitu HOM (M503-3) yang membawa tujuh orang kru.
Sebuah lagi helikopter iaitu Eurocopter AS555SN Fennec (M502-6) membawa tiga orang kru menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 10 orang.
Negara digemparkan dengan kejadian dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut.
Nahas kemalangan yang meragut 10 mangsa itu melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ketika menjalani Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90.
Kedua-dua helikopter yang terlibat adalah jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.