'Maafkan saya'- Peniaga Kelupis Di Sebuyau Rugi Akibat Gangguan Bekalan Elektrik
SEBUYAU--'Untung sekarung, rugi seguni'.Itulah delima yang dialami peniaga kelupis di sini, yang mengalami kerugian selepas kelupis ditempah pelanggan untuk Hari Raya Aidilfitri rosak dipercayai berpunca gangguan bekalan elektrik.
Pemilik akaun Facebook, Aliah Ali Cheng dalam hantarannya di Berita Sebuyo yang menganggap perkara itu sebagai dugaan memohon maaf kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan kelupis daripadanya.
"Hati saya sangat sedih apabila melihat kelupis yang ditempah pelanggan berkuap disebabkan gangguan bekalan elektrik,"katanya.
Dia yang menjual kelupis setiap tahun taktala menjelang Hari Raya Adilfitri menyatakan itulah pengalaman perit yang dialaminya tahun ini.
"Gangguan bekalan elektrik beberapa hari ini antara punca kelupis yang dibuat rosak, malah kelupis yang siap dibuat sentiasa disimpan dalam peti sejuk tanpa dibuka," ujarnya.
Aliah memohon maaf kepada pelanggan yang telah membuat tempahan kelupis daripadanya.
Dalam pada itu, hantarannya turut mendapat pelbagai komen nitezen yang simpati dengan apa yang berlaku.