Lelaki bawa pagar besi, tangga disyaki barang curi guna motosikal ditahan
KOTA SAMARAHAN-- Seorang lelaki dicekup polis ketika membawa pagar besi dan tangga disyaki barang curi di di Lorong 29 Taman Samarindah, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Jaimi Husin berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Daerah Kota Samarahan Daerah Kota Samarahan hari ini.
"Suspek ditahan kerana cuba melarikan diri daripada pemeriksaan Snap Check yang dijalankan di jalan utama Lorong 21 Taman Samarindah dengan menaiki sebuah motosikal dengan membawa beberapa pagar dan seunit tangga," katanya menerusi kenyataan di Facebook rasmi Polis Daerah Kota Samarahan hari ini.
Tambahnya, suspek dan barang barang rampasan yang disyaki barangan curi ditahan dan dibawa ke IPD Kota Samarahan untuk siasatan.
Tegasnya kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun keseksaan.