Jurumudi feri Batang Lupar dikhuatiri lemas semasa melepaskan tali yang tersangkut di bahagian propeller feri

 
SIMUNJAN -- Seorang jurumudi feri dikhuatiri lemas semasa menjalankan kerja-kerja melepaskan tali yang tersangkut pada bahagian propeller feri di Feri Batang Lupar Jalan Sebuyau-Simunjan petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 4.35 petang.

"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati mangsa yang dikenali sebagai Lin Jarak berusia 48 tahun dikhuatiri dibawa arus deras sungai semasa menjalankan kerja-kerja melepaskan tali yang tersangkut di bahagian propeller feri pada kedalaman air paras bahu," ujarnya.

Semasa kejadian jelasnya, mangsa bersama tiga lag rakan kerja beliau turun ke sungai bersama tiga lagi rakan kerja untuk melepaskan tali yang tersangkut di bahagian propeller feri yang mana mangsa dikatakan menyelam dan tidak lagi timbul ke permukaan air selepas itu.

Pasukan mencari dan menyelamat jelasnya memulakan usaha pencarian serta merta di sekitar tebing sungai berhampiran pangkalan jeti pada jarak radius 500 meter bersama agensi lain. 

Setakat ini, usaha pencarian masih lagi sedang dijalankan yang mana perkembangan semasa akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post