Jalan Mendu, Kampung Simpang Tiga Dilanda Banjir Kilat
KUCHING-- Jalan Mendu dan Kampung Simpang Tiga di sini, terjejas akibat banjir kilat tengah hari ini.
Komander Operasi, PBK 11 KUP Kamal Pungut berkata, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan menerima laporan berhubung kes itu jam 1.14 tengah hari dengan menggerakkan tiga anggota ke lokasi kejadian.
"Jalan Mendu berlaku banjir kilat ekoran hujan lebat dan jalan telah dinaiki air setinggi satu kaki.
"Bagaimanapun, pada jam 1.46 tengah hari trend air surut dan keadaan pergerakan trafik masih perlahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, beberapa kawasan rumah serta jalan raya di Kampung Simpang Tiga, telah ditenggelami air setinggi satu kaki dan trend air mula menurun.
"Tiada pemindahan dilakukan dan keadaan masih terkawal," ujarnya.