Bungkusan Hitam Mencurigakan Rupanya Minuman Keras Seludup
BA’KELALAN-- Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan menyeludup minuman keras ke negara jiran Indonesia di kawasan operasi Ba’kelalan dalam Op Jagakawan, kelmarin.
Sel Operasi Media Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berkata, TDM melalui unit yang sedang melaksanakan operasi di bawah formasi Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Darat (TNI-AD) yang sedang melaksanakan penugasan rondaan di Kampung Punang.
“Dalam jarak lebih kurang 500 meter dari sempadan Indonesia telah menjumpai bungkusan hitam yang mencurigakan pada jam 6 petang.
“Hasil daripada pemeriksaan mengesahkan terdapat empat kartun minuman keras
jenama Golden, dua kartun minuman keras jenama Carlsberg dan dua kartun minuman keras jenama Tiger dalam bungkusan tersebut,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM 1,200.
Laporan polis telah dibuat di Pondok Polis Ba’kelalan dan kesemua barangan rampasan
akan diserahkan kepada pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia Ba’Kelalan untuk tindakan
selanjutnya.