Warga emas hilang 17 jam di kawasan ladang ditemui selamat
SARATOK -- Seorang warga emas lelaki yang dikhuatiri hilang selepas keluar dari rumahnya di Rumah iggam Sungai Nyiar Roban sejak pagi semalam ditemui selamat di kawasan ladang petang tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, mangsa yang dikenali sebagai Lakui Mapan berusia 78 tahun ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan ladang dalam keadaan selamat dalam anggaran radius 1.3 kilometer dari PKB pada jam 4.45 petang.
"Pasukan SAR kemudiannya bertindak menyerahkan mangsa kepada ahli keluarga untuk membuat pemeriksaan dan rawatan di Klinik Kesihatan Roban.
Dengan penemuan mangsa ujarnya sekaligus menamatkan operasi SAR pada jam 5.15 petang.
Maklumat awal yang diperoleh daripada PDRM mengatakan sekitar jam 11:30 pagi semalam, mangsa yang menghidap Demensia telah keluar dari rumah dan tidak balik ke rumah meskipun hari sudah beransur gelap.
Justeru satu laporan polis telah dibuat sebelum pihak bomba dimaklumkan mengenai insiden bagi menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.
Gambar PGO Sarawak