Tahan Azab Cincin Membengkak Di Jari
SIBU--Seorang wanita terpaksa menahan azam selepas cincin yang dipakai tersekat menyebabkan jarinya membengkak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan memotong cincin dari Klinik Lanang pada jam 11.20 pagi tadi.
"Setibanya di lokasi didapati dua bentuk cincin tembaga tersekat di jari tengah tangan mangsa.
"Pasukan Bomba memotong cincin tersebut menggunakan peralatan khas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak Bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong cincin itu.
"Setelah selesai pesakit diserahkan kepada pihak Klinik Lanang untuk rawatan selanjutnya," ujarnya.