Rumah terbakar gara-gara masakan ditinggalkan tanpa pengawasan
PUSA--Sebuah rumah di Kampung Semarang di sini, terbakar gara-gara masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3 .01 petang dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal telah terbakar 70 peratus.
"Kebakaran dilaporkan berpunca dari masakan yang ditinggalkan tanpa pengawasan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,kebakaran telah berjaya dipadam oleh penduduk kampung menggunakan aliran hos air dari pili bomba berhampiran sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi.
"Seramai empat penghuni yang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang menghuni kediaman tersebut berjaya menyelamatkan diri," ujarnya.