Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam sungai Kuala Baram

MIRI -- Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh dibawa arus deras sungai di Kuala Baram petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Japar James Tadong dikatakan baru sahaja selesai mandi di kawasan Kian Juan Dockyard di Jalan Kuala Baram sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 6.38 petang.

Sampai di lokasi ujarnya, PKO mendapatkan maklumat kejadian yang mana mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke sungai selepas mandi.

"SAR hari pertama bagaimanapun katanya ditangguhkan pada jam 8 malam atas nasihat pihak polis memandangkan hari sudah gelap dan akan di sambung pada keesokan hari," ujarmya.


Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post