Pengusaha van sewa rayu bas RM1 jangan masuk CIQ Tebedu

SERIAN— Pengusaha van sewa di kawasan Tebedu dan Serian berharap kerajaan negeri mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha bas yang menyalahgunakan subsidi tambang RM1 untuk mengambil penumpang Indonesia di di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Tebedu.

Jurucakap Persatuan Kereta Sewa Zon 5 berkata, tindakan pengusaha bas masuk ke kawasan CIQ Tebedu yang merupakan laluan keluar masuk pertama antara Sarawak dan Kalimantan menyebabkan pendapatan mereka terjejas teruk.

“Pengusaha bas tersebut telah menyalahgunakan subsidi kerajaan Sarawak dengan membawa penumpang Indonesia setiap hari. 

“Kami faham sekiranya rakyat tempatan memilih menggunakan bas berbanding van, tetapi membiarkan warga asing mengambil kesempatan atas subsidi kerajaan adalah tidak wajar.

“Justeru, kami mencadangkan supaya bas tersebut jangan masuk ke kawasan CIQ Tebedu. Berilah kami peluang untuk mencari pendapatan,” katanya dalam hantaran emel kepada Borneo Network semalam.

Pada Jumaat, Borneo Network melaporkan persatuan ini mendakwa tindakan pemandu bas bersubsidi tambang RM1 mengambil penumpang warga Indonesia di sini umpama menabur pasir dalam periuk nasi mereka.

Mereka mendakwa, sejak bas tambang RM1 itu ke Tebedu, penumpang rakyat Indonesia telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan itu kerana kosnya yang amat murah.

Katanya, sedangkan orang Kampung yang menunggu bas di perhentian bas tidak ambil kerana bas sudah dipenuhi dengan penumpang negara itu.

Dalam pada itu, isu ini turut menarik perhatian netizen yang mempersoal kewajaran warga asing menikmati kemudahan pengangkutan yang bersubsidi.

“Rakyat yang bayar cukai, bukan warganegara gik yang nyaman menikmati. Yang paling sedih kawan aku mpun orang tempatan nak naik tumpang bas,bas pun penuh dgn orang Indonesia. Driver tolak sebab dah penuh,” kata Mohd Hafizuddin Putit.

“Nang salah la ya. Tambang subsidi RM1 hanya untuk rakyat Malaysia. Bukan untuk orang negara lain. Tolonglah pantau. Senang-senang orang negara lain pake subsidi kita,” kata Joshua Kebing Joseph.

“Betul tu, ini hanya untuk rakyat Malaysia saja, bukan untuk warga asing. Di Malaya pun ada tapi untuk rakyat tempatan saya yang pakai MyKad,” kata Cheli Sagon.

“Bas selalu penuh dengan warga Indonesia, hingga tak dapat naik itu bas. Subsidi setahu saya untuk rakyat Malaysia jak,”kata Alimaleh Maleh.

“Kenapa bas-bas atau pun pmilik-pemilik bas ekspress tak nak membuat perbezaan tambang di antara pnduduk tempatan dgn warga asing...? Contohnya,bas RM1 untuk penduduk tempatan, RM5 untuk warga asing. Takkan lah semua kemudahan atau pun apa yang patut di iliki oleh warga tempatan dikongsikan dengan warga asing?,” kata mereka.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat kadar tambang van yang mahal menyebabkan penumpang dari kawasan Serian dan Tebedu lebih cenderung menggunakan bas.

Selain itu, ramai yang memilih menggunakan bas kerana ia lebih murah selain selesa.

“Dulu aku pernah cakap, suatu hari nanti pemandu van Kuching-Tebedu memang akan kena punya... dulu aku tiap-tiap bulan pergi sana.. aku orang Kuching dia caj aku sampai tak masuk akal. Kalau tak ada orang, lagi cekik darah, kita kena bayar satu buah van.

“Dah menjadi kebiasaan di sempadan Entikong Tebedu. Warga Indo liburan dan wisata ke bandar raya Kuching. Sama ada naik bus RM1 atau ekspress Super Kijang Innova plet KB. 

“Sementara pengusaha van sewa kita masih takuk lama. Van bumbung kuning kadang-kadang tiada aircond selain mesti isi penuh penumpang baru jalan,” kata Alfred Marshall.


Gambar kredit Persatuan Kereta Sewa Zon 5
Next Post Previous Post