Pemandu Viva putih langgar lari motosikal ditangkap
KUCHING-- Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan langgar lari melibatkan mangsa seorang penunggang motosikal di Jalan Pending berjaya ditangkap.
Suspek berusia 47 tahun ditangkap sekitar jam 6.52 petang semalam selepas menyerah diri di pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.
Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987.
Bagaimanapun, suspek diberi jamin polis sementara menunggu pendakwaan.
Dalam kejadian itu, satu video tular memaparkan seorang penunggang motosikal dilanggar sebuah kereta Perodua Viva putih yang datang dari arah belakang.
Kereta tersebut terus melarikan diri selepas kemalangan itu.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut.