Nelayan Belawai bimbang aktiviti pukat labuh berleluasa di Tanjung Manis

BELAWAI-- Para nelayan di sini melahirkan kerisauan tentang aktiviti pukat labuh yang didakwa tidak terkawal di perairan Tanjung Manis.

Mewakili nelayan di situ, Khudrat Saris dari Kampung Masjid Lama tampil membuat aduan dalam satu surat terbukanya kepada Pegawai Pertanian Bahagian Jabatan Pertanian Bahagian Mukah.

Jelasnya dalam surat itu, aktiviti pukat labuh di kawasan perairan Tanjung Manis yang semakin tidak terkawal.

"Saya Khudrat Saris mewakili komuniti nelayan Kawasan Tanjung Manis ingin membuat aduan kepada pihak tuan mengenai aktiviti pukat labuh di kawasan perairan Tanjung Manis yang semakin tidak terkawal.



"Pihak yang berkenaan melakukan aktiviti pukat labuh di kawasan Tanjung Manis hampir setiap hari, berbeza dengan kami yang menggunakan pukat hanyut dan Cuma memukat waktu yang sesuai sahaja," katanya.

Berikutan itu, katanya, para nelayan di situ khuatir jika aktiviti ini berterusan akan menyebabkan kepupusan ikan di kawasan perairan Tanjung Manis.

"Komuniti kami khuatir sekiranya aktiviti ini berterusan akan menyebabkan kepupusan ikan di kawasan perairan Tanjung Manis. 

"Hal ini akan memberi impak yang sangat besar kepada aktiviti ekonomi semua nelayan di kawasan Tanjung Manis.

"Justeru, kami ingin memohon agar pihak bertanggungjawab dapat membantu menangani masalah ini sebelum punca pendapatan dan aktiviti ekonomi komuniti nelayan kawasan Tanjung Manis terjejas teruk akibat aktiviti pukat labuh yang tidak terkawal ini," ujarnya.

Pada masa sama beliau berharap agar masalah itu mendapat perhatian sewajarnya.
Next Post Previous Post