Hotel terbakar, Timbalan Premier dievakuasi
KUCHING— Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas antara tetamu kehormat yang dipindah selepas dewan di sebuah hotel terkemuka di sini terbakar, petang tadi.
Kebakaran yang menyebabkan dewan itu dipenuhi kepulan asap berlaku ketika Uggah baru sampai untuk merasmikan Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Pembasmian Rabies sekitar jam 3.15 petang.
Selain Uggah, hadirin termasuk pengamal media yang mahu membuat liputan turut diarahkan meninggalkan dewan serta-merta.
Tindakan pantas petugas hotel berjaya mengawal keadaan dan semua orang keluar dengan selamat.
Petugas hotel kemudian bertindak memadamkan kebakaran dengan alat pemadam api.
Susulan kejadian itu, Bengkel Pemantapan Pelan Tindakan Pembasmian Rabies yang dianjurkan Jabatan Veterinar Sarawak turut dibatalkan.
Setakat laporan ini, punca kejadian belum diketahui dan msih dalam siasatan.