15 Mat Motor Di Miri Ditahan Dalam Op Samseng Jalanan
MIRI-- Seramai 15 Mat Motor ditahan dalam operasi Op Samseng Jalanan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, penunggang motosikal yang ditahan berusua antara 15 tahun hingga 28 tahun.
"Penunggang motosikal yang ditahan ini telah terlibat di dalam melakukan aksi bersaing sesama sendiri (menguji kelajuan), ‘wheeli’, dan mengubah haluan
"Aksi yang mereka lakukan membahayakan diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, operasi Op Samseng Jalanan di sekitar kawasan Jalan Tudan, Miri dijalan mulai jam 12.30 tengah malam hingga 6 pagi tadi.
"Kesemua mereka telah ditahan di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Polis Trafik Miri untuk tindakan selanjutnya," ujarnya.