Terbang terus ke Jeju dari Kuching sik lamak gik
KUCHING— Sik pernah imagine, orang dari Sarawak dapat raun ke Pulau Jeju di Korea Selatan makey penerbangan terus dari sitok makei Maswings.
Sik lama agik orang sitok sikboh nak pening palak bercarik tiket murah sebab udah ada bilon kedirik.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg madah, laluan Kuching - Pulau Jeju antara tempat nok jadi fokus kerajaan untuk meningkatkan sektor pelancongan di negeri tok.
“Mun udah ada bilon kedirik (Maswings), kita dapat embak pelancong dari sinun (Korea Selatan) raun ke Kuching.
“Mun masa musim sejuk, dapat juak sidak raun-raun di Kuching sambil-sambil ndiat pemandangan kacak di Geopark,” padahnya masa Majlis Pembukaan Hotel Sheraton Kuching, baru-baru tok.
Abang Johari madah, Sarawak nang perlu bilon yang terbang terus dari Kuching ke Korea, selain beberapa destinasi ASEAN nok lain.
“Mun udah ada bilon kedirik, kita dapat ngembak pelancong masuk. Sebab ya kita nang perlu syarikat penerbangan kedirik,” katanya.
Selain Korea Selatan, laluan ke Australia, India, Jepun dan Hong Kong.
Sebelum tok pada Jun 2023, Sarawak molah lawatan ke Geopark UNESCO Global Pulau Jeju untuk belajar cara sidak negara Korea menguruskan UNESCO Global Geoparks (UGGp) Pulau Jeju.
Oh ya, sapa ingin mok ndiat tempat kacak di Pulau Jeju, boleh diat gambar yang disertakan.
Foto Jeju Tourism