Portuguese Man o'War, obor-obor beracun muncul di Telok Melano

LUNDU—Penduduk di persisiran pantai dinasihatkan berhati-hati berikutan penemuan obor-obor spesies Portuguese Man O' War atau nama saintifiknya physalia cnidaria yang beracun dan berbahaya. 

Terbaharu spesies itu ditemui penyelamat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak di Telok Melano pada 16 dan 17 Februari lalu.

“Kami menerima laporan kehadiran spesies obor-obor ini di pantai Sarawak dari Sematan hingga ke Mukah.

“Di minta semua masyarakat di persisiran pantai supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Sementara itu di ruangan komen, penduduk tempatan turut mengingatkan pengunjung pantai agar tidak menyentuh atau mendekati obor-obor tersebut yang berisiko terhadap nyawa dan kesihatan manusia. 

“Sangat sakit bila disengat. Boleh membunuh kalau alahan,” kata seorang netizen. 

“Pantau anak-anak anda yang suka bermain di tepi pantai, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan obor-obor ini. 

“Beracun sangat-sangat, hati-hati semua,” kata mereka. 

Untuk rekod, hidupan laut dalam spesies obor-obor yang dikategorikan dalam filum cnidaria itu mempunyai ribuan sel penyengat berbisa.

"Physalia adalah haiwan yang dikategorikan dalam filum cnidaria bersama-sama obor-obor di mana ia tidak boleh berenang dan bergantung kepada arus.

Haiwan ini mempunyai ribuan sel penyengat yang boleh menyebabkan rasa sakit melampau jika terkena pada badan.

Borneo Network difahamkan kehadiran hidupan berbisa itu dibawa oleh kejadian aor pasang besar tempoh hari.


Gambar kredit FB APM dan netizen
Next Post Previous Post