Pemandu kereta maut kemalangan dengan bas express
MIRI— Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat kemalangan dengan sebuah bas ekpress di Kilometer 41, Jalan Pan Borneo, dekat sini pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Melina Bugau, 56.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.06 pagi.
“Seramai lima anggota Fire Rescue Tender (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dan BBP Miri dibantu dua anggota EMR bergegas ke lokasi kejadian. Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah bas ekpress yang membawa penumpang.
“Terdapat seorang mangsa berusia 59 tahun tersepit di bahagian pemandu manakala 14 penumpang serta pemandu terselamat tanpa mengalami kecederaan.
“Pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan 'stretcher' sebelum disahkan telah meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi tamat sepenuhnya pada 8.57 pagi.
Gambar PGO Sarawak