Dua selisih maut dalam kemalangan dua kereta
KANOWIT-- Dua selamat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan
di Jalan Kanowit-Julau-Durin (KJD) sebelum Jejambat Julau pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.14 pagi.
Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.
"Setibanya pasukan Bomba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalaraya melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Avanza dan Perodua Alza.
"Didapati ada seorang mangsa (perempuan) berada di dalam kereta Perodua Alza (bahagian pemandu) masih dalam keadaan sedar, tidak mengalami kecederaan dan tidak tersepit.
"Pasukan Bomba berjaya mengeluarkan mangsa dari dalam kereta, seterusnya diserahkan kepada pihak KKM untuk pemeriksaan selanjutnya,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Manakala pemandu Toyota Avanza tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah keluar dari kenderaan sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.
Setelah memastikan keadaan persekitaran dalam keadaan terkawal serta selamat dan seterusnya bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak