'Ajak kami jika buat pemeriksaan'- saran netizen kepada KPDN Sarawak
KUCHING-- Orang ramai meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menguar-uarkan maklumat jika hendak melakukan pemerikaan barangan kawalan seperti telur, minyak masak dan gula bersubsidi bagi memudahkan untuk mendapatkan bekalan barangan tersebut di pasaran.
Hal ini kerana tiga barangan tersebut sukar didapati di kedai-kedai mahupun pasar raya besar di negeri ini.
Malah, orang ramai terkejut melihat stok bekalan tiga barangan tersebut tiba-tiba banyak semasa pemeriksaan penguat kuasa KPDN Sarawak di sekitar bandar raya Kuching baru-baru ini.
Gambar-gambar pemeriksaan sempena penguatkuasaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) tersebut yang disiarkan di Facebook KPDN Sarawak turut dihujani pelbagai reaksi netizen.
Antara komen tersebut: "Alhamdulillah penangan ktk dan team tuan . Maka dpt juak telo kembali rega beranak hospital awam. Selalu nemu rega telo rega beranak hospital swasta lalu turn off kmk dan yg lain bebeli tuan. Terima kasih atas kesinggahan pihak berkuasa! Moga dipermudah segala urusan ktk semua Tuan".
"Saya cdangkan KPDN Sarawak mun g check rega barang, mohon war2 kan d surat khabar / sosmed.. Supaya kami blh membeli pada masa tersebut".
"Tiap kali ada gambar penguatkuasa dlm page semuanya harga turun gila² & stok keperluan sentiasa ada & penuh melobo. Tapi macam realitinya semuanya seolah² cuma dalam mimpi jak. Kenak rakyat kebelakangan tok seolah² dipermainkan owh... Apa salah rakyat".
"Time kmk org pegi sik pernah nemu telo rega ya. Sidak KPDN Sarawak pegi ada jak semua".
"Supermarket jk d cek ka .. kdey kmpg xcek ka .. hmm rsa nk nangis bila bebeli brg dkpg bah .. mnyak mkn jk sepeket rm4 😠mn area kpg2 pndlman xjuak hal rega ya .. tok area bandar bahhh".
"Saya suggest #KPNSARAWAK buat penyamaran. Kalau ini maciam memang la semua ikut peraturan. Yang faham, faham la ya".
"KPDN Sarawak mun ktk orang pergi chek..kelak inform awal..dapat kmk orang ngirin...sebab masa ktk orang chek jak barang² tok keluar...terima kasih".
"Diharap pemeriksaan dilakukan secara berkala dan berterusan...Jangan pada hari tertentu dan event tertentu sahaja...kesian org yg kurang mampu di cas dgn kos sara hidup tinggi".
"KPDN Sarawak cne ktk nemi rega telo tok? Bgs hari2 ktk ngecek ctok berik lokasi juak sak kmk meli telo d ctok ajak. Selalu mahai gk dari tok".
"Minyak masak subsidi dan gula subsidi pandai hilang tu lepas buat pemeriksaan".