Potensi Sumiran jadi lokasi team building terkemuka di Kuching
Kuching - Sumiran Eco Park & Resort mampu jadi lokasi 'team building' hebat dan dikenali bukan saja di Malaysia malah Asia dan dunia.
Menurut Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman, beliau percaya Sumiran Eco Park & Resort di sini mampu jadi lokasi pilihan bahkan dikenali bukan saja di Malaysia malah Asia dan dunia.
"Alhamdulillah, tadi saya hadir ke Sumiran Eco Park & Resort di Kuching dimiliki Koperasi Keluarga Sumiran.
"Mudahan-mudahan satu hari nanti, lokasi ini akan jadi tempat pilihan & 'wajib' untuk team building, di mana badan kerajaan, korporat dan swasta hantar pasukan untuk rasai pengalaman dan pensijilan di sini.
"Nothing is impossible! Bagi mereka yang ada impian dan berikan manfaat lebih banyak kepada orang lain," jelasnya ketika Majlis Pelancaran Website Supercharge Team Building di sini, sebentar tadi.
Website ini memperkenalkan program team building direka khas untuk membangunkan pasukan lebih baik bagi sesebuah organisasi yang menggabungkan aktiviti fizikal dan mental.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Sumiran, Ir. Ts. Haji Suyanto Osman memberitahu, beliau dapat bimbingan secara langsung dari Datuk Wira bermula hujung Disember 2020.
Selama 3 tahun dibimbing dalam kumpulan eksklusif bimbingan secara dekat dalam Titanium RichWorks, Sumiran Eco Park & Resort berjaya capai pertumbuhan dan penambahbaikan dalam bisnes.
"Sumiran mencapai kejayaan antaranya organisasi dan sistem beroperasi lebih teratur dengan misi & visi jelas.
"Kami dah miliki ibu pejabat bagi pengurusan berpusat. Dapur berpusat bagi menjaga kualiti makanan lebih baik bagi cawangan-cawangan kafe kami," katanya.
Haji Suyanto yakin panduan dan bimbingan berterusan Datuk Wira dan RichWorks dapat bantu mereka capai RM100 juta setahun menjelang 2030.
Layari sumiransupercharge.com untuk info lanjut.