Pemandu lori warga emas patah kaki kanan dalam kemalangan melibatkan dua buah lori
BINTULU -- Seorang lelaki warga emas patah kaki kanan selepas lori yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lagi lori dalam kemalangan yang berlaku di Simpang Kampung Jepak, Jalan Bintulu-Sibu petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang berusia 60 tahun tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu lori sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.
Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.44 petang.
Sampai di lokasi pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan dua buah lori yang mana seorang mangsa dilaporkan masih tersepit pada bahagian kerusi duduk pemandu lori.
Anggota Bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit pada ruangan pemandu.
'Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada Unit Ambulans KKM untuk rawatan selanjutnya," ujar beliau.
Setelah menjalankan kerja-kerja pembersihan dan semburan di lokasi kejadian, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak