3 mangsa bot nelayan terkandas di muara Sungai Likau berhampiran Pantai Taman Negara Similajau diselamatkan
BINTULU -- 3 lelaki yang merupakan nelayan tempatan yang bot dinaiki mereka terkandas di muara Sungai Likau telah diselamatkan oleh pasukan bomba dalam insiden yang berlaku petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya berkata, ketiga-tiga mangsa yang dikenali sebagai Fakhrul Iman Mohammad, Muhamad Syahmie Ramdan dan Lip Yih Yoong dilaporkan terkandas dalam sebuah bot nelayan setelah bot terbabit dapat melalui muara Sungai Likau yang dianggarkan 90 meter dari pantai.
"Maklumat awal yang diterima mengatakan bahawa semasa kejadian, dua orang pengemudi bot telah turun memasang anchor dan telah tersadai ke tebing pantai disebabkan dialun ombak kuat," jelasnya.
Menurutnya, sepasukan anggota BBP Kidurong dengan bantuan BBP Bintulu bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 2.20 petang.
Komander Operasi kemudiannya bertindak menyelamat ketiga mangsa dengan menggunakan tali penyelamat dan jaket keselamatan termasuk memasang anchor di tebing pantai bagi membawa kesemua mangsa ke tebing pantai.
"Operasi turut dibantu oleh kakitangan SFC yang telah menggerakkan bot yang terkandas ke Jeti Nelayan Pantai ABF bagi bagi menyelamatkan mangsa," jelas beliau.
Sejurus selesai operasi menyelamat, operasi ditamatkan pada jam 6 malam.
Gambar PGO Sarawak