Warga emas hilang di Sungai Ulu Baram sejak 3 hari lepas ditemui mati lemas
MARUDI -- Seorang warga emas lelaki yang dikhuatiri hilang di Sungai Ulu Baram sejak pagi Khamis ditemui mati lemas awal pagi tadi di kawasan lubuk berhampiran muara Sungai Selongo.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, mayat mangsa, Sirong Bilong dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat dijumpai terapung di kawasan lubuk pada jarak 5 kilometer dari muara Sungai Selongo dalam keadaan keadaan sempurna.
Menurutnya, atas permintaan keluarga mangsa, mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh waris ke rumah panjang dan akan dikebumikan esok.
"Dengan ini ujarnya operasi mencari dan menyelamat (SA ditamatkan pada jam 10 pagi sekaligus menamatkan usaha pencarian pada jam 10 pagi.
Terdahulu pada jam 8 awal pagi tadi di hari pencarian yang kedua ini, operasi SAR mensasarkan tepi sungai sepanjang 10 kilometer menyusuri sungai dengan memfokuskan di kawasan perahu, seluar jeas dan anjing milik mangsa sebelum mayat mangsa ditemui.
Gambar PGO Sarawak