Van bawa 9 sekeluarga terbalik langgar penghadang jalan
SIBU—Sembilan sekeluarga cedera selepas van dinaiki hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan menyebabkan kenderaan itu terbalik di Jalan Selangau di sini petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 3.39 petang.
“Setiba di lokasi, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah van yang dipercayai hilang kawalan lalu melanggar penghadang jalan.
“Kesemua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Klinik Kesihatan Selangau,” katanya dalam kenyataan petang tadi.
Kenyataan itu menambah, setakat ini, tiada maklumat mengenai umur dan jantina diperolehi.
“Komander Operasi bersama anggota penyelamat membuat ‘Size up’ di sekitar kawasan lokasi kemalangan dan melakukan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan.
Gambar ihsan PGO Sarawak