Pemuda maut Axia bertembung Hilux
MIRI -- Seorang lelaki maut manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas kereta Perodua Axia yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Toyota Hilux berhampiran Simpang Bakas Jalan Pan-Borneo di sini awal pagi tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah Rary Binjie, mangsa yang dikenali sebagai Freddy Jesey Rindy berusia 26 tahun yang duduk pada bahagian kerusi duduk penumpang belakang disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan KKM.
"Sepasukan anggota bomba dari BBP Batu Niah dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 pagi bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa," jelas beliau.
Jelasnya, sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden pertembungan dari arah hadapan yang melibatkan dua buah kenderaan yang mana penumpang dan seorang lagi penumpang Perodua Axia turut mengalami kecederaan.
Lima lagi mangsa yang menaiki Toyota Hilux bagaimanapun tidak mengalamai sebarang kecederaan.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, maka pasukan bomba menamatkan operasi pada jam 8.03 pagi sebelum bertolak semula balik ke balai.
Gambar BBP Batu Niah