Lelaki maut, motosikal ditunggang bertembung lori 10 tan di Jalan Majau Kanowit
KANOWIT -- Seorang lelaki menemui maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dari arah bertentangan di Jalan Majau di sini pagi tadi.
Mangsa maut dikenali sebagai Belon Lanting berusia 59 tahun.
Pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurut Jurucakap Pasukan Charlie BBP Kanowit, sepasukan anggotanya bergerak ke lokasi sejurus menerima makluman berhubung insiden pada jam 11.22 pagi.
"Sejurus tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal model Modenas dan lori 10 tan yang mana motosikal ditunggang mangsa terpelanting ke laluan bertentangan," jelasnya.
Setelah melakukan "size up" dengan berpandukan konsep SAVE, pasukan bomba hanya bertindak mengalihkan motosikal yang menghalang laluan utama tersebut lalu kerja-kerja pembersihan jalan raya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.
Gambar BBP Kanowit