Jambatan Sungai Tutoh Baram siap sebelum Krismas

MIRI - Kerja-kerja pembinaan jambatan baharu merentasi Sungai Tutoh, Baram dijangka siap sepenuhnya sebelum sambutan Hari Krismas.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo berkata, kerja-kerja fizikal pembinaan projek tersebut kini mencapai 85 peratus.

“Apabila jambatan ini siap kelak, ia akan memberi manfaat kepada penduduk dari lebih 20 kampung sekitar Telang Usan, Mulu dan Batu Danau termasuk penduduk dari Limbang dan juga Lawas,” katanya ketika ditemui media semasa membuat lawatan ke Jambatan Baharu Sungai Tutoh, Baram pada Khamis.  

Projek jambatan baharu itu dibina bagi menggantikan jambatan yang telah musnah akibat banjir tahun lepas.

Teks Sumber - Bilik Berita Cats

📷 Unit Komunikasi Awam Sarawak - UKAS


Next Post Previous Post