Hanya 36 saat, Johan Ghazali tumpaskan Edgar Tabares
Johan atau lebih mesra dipanggil 'Jojo' yang baharu berusia 17 tahun hanya memerlukan 36 saat untuk menumpaskan lawannya yang berusia 29 tahun. Dalam aksi pertarungan itu, Jojo bermula dengan garang sebelum menghantar beberapa tumbukan tepat pada muka dan rusuk Edgar, menyebabkan lawannya tergolek dalam gelanggang tersebut. |
Pada 24 Februari, Jojo telah memaparkan aksi sangat memukau dalam kejohanan ONE Championship di Bangkok apabila mengambil masa 16 saat untuk mengalahkan
Padetsuk Fairtex, 18, dari Thailand.
Jojo yang berusia 16 tahun ketika itu menewaskan Padetsuk melalui pukulan ‘kalah mati’ (KO) dalam pertarungan Flyweight Muay Thai di Stadium Tinju Lumpinee. Kejayaan ini membawanya meraih ganjaran wang tunai berjumlah AS$10,000 (RM45,000).
Pada 26 Mei 2023, Jojo mencatatkan kemenangan kedua juga menerusi ‘kalah ‘mati apabila menjatuhkan lawannya, Tai Sor Jor Piek Uthai, yang berusia 24 tahun dan memiliki dua kali gelaran juara dunia muay Thai.
Kemenangan ketiga beliau dalam gelanggang ONE Championship di Thailand berlaku pada 14 Julai 2023, di mana beliau berjaya menewaskan jaguh Thailand, Samurai Seeopal, yang berusia 18 tahun.
Jojo turut memenangi Pingat Emas dalam Asian Games di Abu Dhabi pada tahun 2019, Pingat Perak dalam World Muaythai Championship di Turki dan dua Pingat Perak di Bangkok, Thailand.
Walaupun masih di usia muda, namun Johan sudah berjaya untuk mendapatkan kontrak enam angka di ONE Championship menerusi rekod tanpa kalah 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights