Usaha menjejaki penduduk Sarawak tidak ‘bernegara’ diteruskan

Program menangani isu penduduk tidak mempunyai kewarganegaraan di Belaga. Gambar ihsan UKAS

BELAGA— Usaha menjejaki penduduk Sarawak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan rasmi dan status kewarganegaran diteruskan dengan tumpuan di kawasan pedalaman Belaga.

Program Pengoperasian Pasukan Petugas Khas (PPK) atas inisiatif kerajaan Sarawak ini dibahagikan kepada lima kumpulan mengikut rumah panjang. 

“Kumpulan pertama yang bermula hingga 9 November 2023 melibatkan sembilan buah rumah panjang iaitu Uma Bakong Ulu Sungai Asap, Uma Bawang, Uma Nyaving, Uma Belor, Uma Kelap, Uma Lahanan, Uma Balui Liko, Penan Talun dan Uma Juman.

“Kumpulan kedua akan bermula pada 10 hingga 14 November 2023 di Dewan Masyarakat Sungai Asap yang melibatkan lapan buah rumah panjang. 

“Pada 15 hingga 16 November 2023, pasukan ini masih lagi berada di Dewan Sungai Asap sebelum mereka bergerak ke Belaga,” lapor Unit Komunikasi Awam Sarawak.

Bagi kawasan Belaga program PPK ini akan bermula pada 24 November 2023 dan berakhir pada 27 November 2023 dan pusat operasi PPK adalah di Dewan Masyarakat Belaga.

Manakala pada 29 hingga 30 November, PPK akan berada di Long Urun, Belaga dan pada 1 hingga 3 Disember 2023, PPK di kawasan Metalun, Tegulang dan Sg. Linau.

Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri adalah digalakkan untuk mengambil kesempatan ini dengan menghadirkan diri ke pusat operasi PPK ini pada tarikh dan di tempat seperti yang dinyatakan di dalam jadual yang telah diedarkan.

Masalah anak anak tiada dokumen kelahiran di Sarawak merupakan isu yang berpanjangan sejak puluhan rahun lalu berikutan sukarnya perhubungaan darat dan kurang kesedaran masyarakat luar bandar mendaftar kelahiran anak mereka dalam tempoh 2 minggu selepas dilahirkan.
Next Post Previous Post