Tersenyum lihat bil karan

MIRI— Seorang suri rumah menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi mulai bulan ini.

Beliau merupakan salah seorang daripada 700,000 pengguna yang menerima diskaun bil elektrik hingga 25 peratus menerusi 
Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Menerusi perkongsian di Facebook, wanita itu berkata pada Oktober lalu bil Sesco mencatat RM534 namun selepas diskaun sebanyak 25 peratus, dia hanya perlu membayar RM393.

“Bakinya iaitu RM125 ditanggung oleh kerajaan. Ini sudah tentu memberikan kelegaan kepada kami memandangkan duit itu boleh digunakan untuk perbelanjaan lain,”katanya kepada Borneo Network.

Sebelum ini, Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan untuk melanjutkan diskaun bil elektrik menerusi selama enam bulan, bermula Julai hingga Disember ini.

Kerajaan Sarawak membelanjakan sekitar RM1.15 bilion untuk inisiatif ini sejak mula diperkenal 1 April 2020 hingga 30 Jun 2023.

Selain pengguna domestik, peniaga kecil turut menikmati diskaun sebanyak 15 peratus manakala 10 peratus bagi peniaga kecil industri.

Jumlah keseluruhan dijangka membabitkan kos RM203.7 juta akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.
Next Post Previous Post