Seperti kena ‘scam’, Maggi ayam goreng RM13.50
KUCHING— Seorang lelaki terkejut apabila sepinggan Maggi goreng ayam yang dipesannya dikenakan harga RM13.50 di sebuah kedai mamak di Metro City di sini.
“Kenak scam ku tok. Sedih kamek,” menurut individu yang dikenali sebagai Ah Ong menerusi Facebooknya hari ini, sambil berkongsi gambar Maggi goreng ayam dan resit makanan.
Perkongsian Ah Ong itu turut mengundang perhatian warga maya yang rata-rata menyifatkan harga sebungkus maggi itu tidak berpatutan.
Malah ramai yang mempersoal keistimewaan maggi goreng ayam yang dihidang bersama telur mata.
“Maggi apa yang kau makan ya Ah Ong? ada tabur gold dust atas maggi ya kah?,” soal seorang warga maya.
Menurut Ah Ong, harga tersebut amat melampau memandangkan tiada yang menarik mengenai hidangan maggi tersebut.
“Rasa macam biasa, Maggi goreng ayam yang lain. Cuma harga ada special sikit (mahal).
“Patutlah tiada pelanggan semasa saya makan di sana. Ini kali terakhir, tiada lagi ‘next time’,” tulisnya dalam ruangan komen.
Gambar kredit FB Ah Ong