‘Scammer’ menyamar guna gambar, nama TPM Fadillah

KUALA LUMPUR—Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu beliau menerima laporan terdapat individu cuba melakukan penipuan menggunakan gambar profilnya atas nombor telefon bimbit +𝟔𝟎𝟏𝟏-𝟏𝟒𝟎𝟒𝟓𝟑𝟏𝟑.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, rakan beliau menerima mesej daripada individu yang menggunakan nombor berkenaan untuk membuka ‘Whatsapp group’ sebelum memaklumkan kepadanya.

Fadillah berkata, setelah disemak nombor berkenaan turut digunakan di aplikasi Whatsapp dan Telegram dengan menggunakan gambar profil beliau.

“Laporan telah dibuat kepada pihak pengendali platform Whatsapp dan Telegram. semakan menerusi truecaller nombor berkenaan menggunakan nama 𝐑𝐢𝐧𝐨𝐧𝐞𝐳𝐞. 

“Pada masa sama terdapat individu menggunakan gambar saya untuk membuka akaun Facebook. Laporan telah dibuat kepada Facebook mengenai akaun palsu berkenaan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Beliau berkata, akaun rasmi Facebook cuma pautan di bawah:
https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL

Manakala akaun FB peribadi saya cuma ;
https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL
Next Post Previous Post