Polis cari Jeffrey bantu siasatan penyeludupan migran

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jeffrey boleh menghubungi balai polis terdekat.

LUBOK ANTU— Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan, Jeffrey Tarang bagi membantu siasatan kes penyeludupan migran.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu Deputi Superintenden Victor Ripon berkata, Jeffrey, 28 diperlukan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007/ 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 yang dilaporkan pada 19 Oktober lalu.

“Alamat terakhir suspek ialah di Rumah Mandau Rakut, Lubok Antu.

“Suspek telah melarikan diri dipercayai bersembunyi di sekitar daerah Kuching.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan terkini suspek diminta untuk segera melaporkan kepada Balai Polis Polis Lubok Antu,”katanya dalam kenyataan dipetik Suara Sarawak.

Suspek bersama tiga lagi lelaki tempatan yang sudah ditahan disyaki berperanan sebagai tekong darat yang mengatur kemasukan secara tidak sah tiga migran Indonesia ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan di Lubok Antu telah ditahan di bawah Akta Kesalahaan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Maklumat mengenai suspek boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Muhammad Firdaus bin Saldi di talian 018-3144350, 083-584102 atau mana-mana Balai Polis yang berhampiran.
Next Post Previous Post