Monyet sedang leka mandi dicekup
BINTANGOR—Pemilik sebuah rumah Lorong 5 Taman Bintang di sini terkejut apabila seekor monyet berada dalam bilik mandi kediamannya.
Atas faktor keselamatan, beliau bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bagi menjalankan khidmat khas menangkap haiwan itu pada jam 2.02 petang.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati terdapat seekor monyet berada dalam bilik mandi," ujarnya.
Pasukan bomba mengambil masa 15 minit untuk menangkap monyet itu menggunakan penjerut sebelum menamatkan operasi pada jam 2.22 petang.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak melepaskan semula monyet terbabit ke dalam kawasan hutan yang terletak jauh dari penempatan manusia.