Fadillah bangga pakai Labong Tepo" dan "Rantai Kabo" milik Orang Ulu di Parlimen
MENCURI TUMPUAN..Datuk Seri Fadillah Yusof bangga mengenakan "Labong Tepo" atau topi masyarakat Orang Ulu semasa sidang Dewan Rakyat semalam. |
KUALA LUMPUR-- Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof bangga mengenakan "Labong Tepo" atau topi masyarakat Orang Ulu dan "Rantai Kabo" pada sidang Dewan Rakyat semalam.
Beliau dalam hantaran Facebooknya berkata, topi dan rantai itu merupakan hadiah daripada 40 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Orang.
"Menghormati 40 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Orang Ulu yang menghadiahkan saya Labong Tepo atau topi masyarakat Orang Ulu dan Rantai Kabo, maka saya telah memakai topi dan rantai berkenaan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
PENGHORMATAN..Datuk Seri Fadillah Yusof memakai "Labong Tepo" dan "Rantai Kabo" yang dihadiahkan oleh 40 Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum Orang Ulu dari Belaga. |
"Sebelum itu saya turut meraikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dari Belaga, Kapit, Sarawak itu, yang diketuai Yang Berhormat Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) yang juga Ahli Parlimen Hulu Rajang, pada majlis makan tengahari di Parlimen," katanya.
Jelas Fadillah kawasan Parlimen Hulu Rajang didiami kira-kira 40 peratus masyarakat Orang Ulu khususnya yang tinggal di Daerah Belaga.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusoh seperti pahlawan Orang Ulu mengenakan ‘Labong Tepo’ dan ‘Rantai Kabo’. |
"Inilah keistimewaan Sarawak yang dihuni lebih 30 suku etnik yang mana rakyatnya hidup aman harmoni, saling menghormati antara satu sama lain, bersatu dalam kepelbagaian, tanpa mengira kaum dan agama.
"Perpaduan kaum berbilang agama di Sarawak menjadikan Sarawak satu-satunya negeri contoh simbol keharmonian di negara Malaysia tercinta ini," ujarnya.