Dua lelaki maut, kereta terbabas

SIMUNJAN -- Dua lelaki maut selepas kereta yang dinaiki keduanya terbabas lalu terbalik di bahu jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Kampung Spaoh Kuari Jalan Simunjan Lama petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, dua mangsa mayat dikenali sebagai Nicholas Engkati, 47 dan Mohd Azman warganegara Bangladesh tiada dokumen pengenalan diri yang sah.

"Sepasukan anggota BBP Simunjan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden pada jam 3.26 petang," ujarnya.

Sampai di lokasi ujarnya, pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta dan meletakkannya di lokasi yang selamat.

Setelah diperiksa oleh pihak KKM di lokasi mendapati kedua-dua mangsa telah meninggal dunia. Mangsa seterusnya diserah kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.


Gambar PGO Sarawak
Next Post Previous Post