Warga emas OKU terkorban dalam kebakaran rumah panjang

KAPIT: Warga emas wanita antara yang terkorban dalam kebakaran rumah panjang Tuai Rumah Sebom di Nanga Musah Ulu Katibas musnah tengah hari tadi.

Maklumat yang diperoleh dari penduduk rumah panjang mengatakan mangsa yang merupakan seorang OKU dilaporkan melecur pada badan dan tersedut asap menyebabkannya meninggal dunia.

Adalah difahamkan bahawa mayat mangsa masih lagi diletakkan berhampiran rumah panjang sementara menunggu bantuan susulan tiba.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada tengah hari itu, kebanyakan penduduk rumah panjang tidak berada di rumah panjang kerana keluar mencari rezeki dan ada yang sedang bekerja.

Gambar WAG group
Next Post Previous Post