Tiga maut 4WD terbabas ke dalam danau
TATAU -- 3 menemui maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam danau selepas terbabas di kawasan Batu 69 Simpang Pelugau petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, maklumat awal yang diterima berkata 3 mangsa maut dikenali sebagai Hidayat berusia 5 tahun, Dominic Serang 33 tahun dan Robin Kehing 35 tahun.
"Sepasukan anggota BBP Tatau dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1.18 petang bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat serta mengeluarkan mangsa tersepit," ujarnya.
Menurutnya, sejurus pihak bomba sampai di simpang Pelugau, pihak bomba bertukar kenderaan menggunakan kenderaan Syarikat Cipta RainForest dan Utiliti Hilux BBP Selangau untuk membawa masuk peralatan menyelamat dan anggota kerana jalan tidak dapat dilalui jentera bomba.
Pihak Bomba kemudiannya mendapati kenderaan mangsa telah ditarik ke darat dengan menggunakan kobelco atas arahan pihak polis sebelum ketibaan pihak bomba.
Pemeriksaan dijalankan mendapati ada mangsa telah terkeluar dari kenderaan sebelum bertindak memulakan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan 3 Life jacket dan 2 Tali Menyelamat.
Mangsa pertama iaitu seorang kanak-kanak warganegara indonesia dijumpai di dalam kenderaan yang mana pihak Bomba bertindak mengeluarkan manga.
Seterusnya pihak bomba membuat pencarian di dasar danau dengan menggunakan cara carian permukaan.
"Mangsa kedua iaitu lelaki dewasa dijumpai pada jam 3.30 petang oleh pihak dan dibawa naik ke darat, manakala mangsa ke tiga seorang laki laki dewasa dijumpai pada jam 4.28 petang dan dibawa naik ke jalan utama," ujarnya
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM yang berada di lokasi kejadian.
seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan seterusnya.
Pihak Bomba seterusnya membuat pemeriksaan kawasan sekeliling, setelah memastikan kawasan dalam keadaan baik dan selamat, pihak Bomba bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak