Tiga buruh kasar ditahan di sebuah rumah panjang, sejumlah dadah dirampas di Limbang.


LIMBANG -- Polis berjaya merampas sejumlah dadah dengan penahanan tiga buruh kasar di sebuah rumah panjang di Jalan Kubong pada malam Isnin lepas.

Ketiga-tiga suspek berusia 32 hingga 53 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Limbang dalam operasi jam 11.15 malam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata hasil pemeriksaan di ruang tamu rumah tersebut yang merupakan tempat ketiga-tiga saspek ditahan, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar didalamnya berisi enam paket plastik lutinar masing-masing berisi hablur kristal disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 5.2 gram.

“Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM1,040 dan boleh digunakan seramai 26 orang pengguna.

“Ketiga-tiga suspek yang mempunyai beberapa rekod lampau melibatkan kes penyalahgunaan dadah direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut kata Parum salah seorang daripada ketiga-tiga saspek tersebut dipercayai terlibat secara langsung dengan aktiviti pengedaran dadah di sekitar Limbang.

“Hasil ujian saringan awal air kencing ketiga-tiga suspek mendapati kesemua positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,”ujarnya lagi.

Tegasnya, pihaknya akan tindakan tegas terhadap mereka yang terbabit dengan sebarang kes jenayah terutama membabitkan dadah dan diharapkan orang ramai dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah dan jenayah kepada pihak polis.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi IPD Limbang di talian 085-211466 atau hotline Polis Sarawak di talian 08-2245 522 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.-BN
Next Post Previous Post