Sepasang suami-isteri melecur, rumah pekerja ladang yang didiami terbakar
SIBU: Sepasang suami isteri melecur selepas rumah pekerja ladang berdekatan Lapangan Terbang sibu yang didiami kedua pasangan itu musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak berkata, semasa kejadian, pasangan suami-isteri itu cuba untuk menyelamatkan barangan mereka sehingga mengalami kecederaan.
Adalah difahamkan bahawa suaminya melecur pada bahagian belakang manakala isterinya melecur pada bahagian kaki.
Setibanya di lokasi, komander operasi terus membuat "size-up" dan mendapati kebakaran melibatkan kebakaran sebuah rumah pekerja ladang kelapa sawit jenis tidak kekal.
Pasukan bomba kemudiannya bertidak memadamkan sisa kebakaran dengan menggunakan sumber.air terbuka di kawasan rumah tersebut.
Kedua-dua mangsa yang cedera.kemudiannya dibawa oleh Unit Ambulans ke Hospital Sibu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat dan tiada berlakunya kebakaran berulang, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak