Sarawak menuju ke arah negeri berpendapatan tinggi

BINTULU: Sarawak berada pada aras selesa bagi menuju ke arah negeri berpendapatan tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, pada masa sekarang, Malaysia berada di tangga yang ke-4 dalam Malaysia sebagai negeri dari segi sumbangan serta pendapatan dalam negara.

"Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ianya tidak mencukupi, namun apa yang harus dilakukan ialah Kerajaan Sarawak akan memastikan yang rakyat termasuk isi rumah harus berpendapatan tinggi sekaligus menaiktaraf tahap kehidupan rakyat ke arah yang lebih baik dan maju di masa hadapan," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Program Pemantapan MSPO Pekebun Kecil di Negeri Sarawak bertempat di Koperasi Penanam Sawit Mampan Daerah Tatau hari ini.
Oleh yang demikian tegasnya, rakyat Sarawak harus meneruskan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap GPS bagi memastikan lebih banyak lagi suara rakyat dari Sarawak didengar di Peringkat Persekutuan.

"Sebaik-baiknya, pastikan calon GPS di Jepak iaitu saudara Iskandar Turkee diberikan kemenangan dengan majoriti yang besar dalam PRK Jepak ini nanti supaya suara rakyat Jepak akan terus diberikan perhatian oleh kerajaan," ujarnya.

Sebagaimana semua maklum jelas beliau, Sarawak mempunyai 23 kerusi dalam kabinet dengan 5 menteri dari Sarawak.

Manakala DAP yang mempunyai lebih 40 kerusi hanya mempunyai 4 saha menteri yang dilantik dalam Kerajaan Perpaduan.

"Justeru itu, jelas menunjukkan di sini bahawa GPS menjadi penentu utama kepada hala tuju kerajaan yang mana sokongan yang kuat terhadap GPS akan memastikan suara rakyat Sarawak akan terus didengar di peringkat Persekutuan," tegas beliau lagi.
Next Post Previous Post