Samseng jalanan bawah umur ditahan
SIBU— Polis menahan dua remaja lelaki atas pelbagai kesalahan jalan raya dalam Op Samseng Jalanan di Jalan Awang Ramli Amit dan Jalan Teng Cheng Hwa Sibu, Jumaat lalu.
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sarawak berkata, remaja berusia 16 dan 20 tahun itu ditahan dalam operasi yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Sibu bermula jam 10 malam hingga 4 pagi.
“Suspek ditahan kerana melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (whillie) dan aksi menundukkan badan, menduga kelajuan dan cara tunggangan yang amat membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan yang lain.
“Suspek telah ditangkap setelah memberhentikan motosikal di Petronas Jalan Teku, Sibu. Suspek telah ke bawa ke Balai Trafik Sibu untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, penahanan suspek adalah hasil maklumat orang awam dan risikan BSPT Sibu.
Katanya, S𝐞𝐤𝐬𝐲𝐞𝐧 𝟒𝟐 (𝟏) 𝐀𝐤𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐠𝐤𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝟏𝟗𝟖𝟕 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐑𝐌𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐦𝐚𝐤𝐬𝐢𝐦𝐮𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟓,𝟎𝟎𝟎 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐣𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐢 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐬𝐞𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟓 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 jika sabit kesalahan.
“JSPT Kontinjen Sarawak akan sentiasa menjalankan operasi "Op Samseng Jalanan" dari semasa ke semasa bagi membanteras gejala negatif ini demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya yang lain,”tegasnya.