Rumah panjang musnah terbakar, 7 keluarga hilang tempat berteduh
BINTANGOR: Tujuh sekeluarga hilang tempat berteduh selepas rumah panjang mereka di Rumah James Brandah di Muara Bunut di sini musnah dalam kebakaran yang berlaku petang tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, sepasukan anggota bomba dari BBP Bintangor bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran pada jam 3.33 petang.
Untuk ke lokasi kejadian, pasukan bomba menggunakan satu laluan feri yang terletak di seberang Muara Payang Sungai Rejang
"Tiba di lokasi, pasukan bomba mendapati api sedang marak memusnahkan satu blok rumah panjang 7 pintujenis struktur tidak kekal yang terbakar 100 peratus," jelas beliau.
Dalam pada itu ujarmya, blok bersebelahan yang jaraknya hanya 5 meter dari rumah panjang yang terbakar itu berjaya diselamatkan setelah pihak bomba setelah membuat "fire break.'
Kebakaran yang berlaku ini ujarnya turut menjejaskan 3 buah rumah berhampiran yang 40 peratus terbakar, sebuah dewan yang terbakar separuh manakala empat buah lagi kediaman terselamat.
"Setelah satu jam bertungkus-lumus memadam kebakaran, api akhirnya berjaya dikawal pada jam 4.26 petang," jelasnya.
Pada masa sekarang ujarnya, pasukan bomba masih lagi berada di lokasi bagi menjalankan kerja-kerja pemadaman.
Kebakaran yang berlaku setakat ini jelasnya tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa yang manapunca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami semua mangsa terjejaa masih lagi dalam siasatan pihak bomba.
Gambar PGO Sarawak