Remaja lemas semasa mandi, seorang lagi rakan masih hilang
JULAU: Seorang remaja lelaki ditemui lemas semasa mandi di Sungai Meluan manakala seorang lagi rakannya masih hilang dibawa arus deras sungai berkenaan dalam insiden yang berlaku petang tadi.
Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa pertama yang ditemui mati lemas dikenali sebagai Abdul Rezan Abdul Jalil berusia 15 tahun dan ditemui oleh pasukan SAR padajarak 20 meter dari tempat mangsa tenggelam pada jam 5.47 petang.
"Manakala itu, mangsa kedua yang dikenali sebagai Ferdinand Raymond Jiram berusia 16 tahun masih masih belum dijumpai.
Operasi SAR di hari pertama ini telah ditangguhkan memandangkan hari sudah beransur gelap dan berbahaya dan akan bersambung semula keesokan hari.
Menurut saksi iaitu Jiram Janting, bapa kepada salah seorang mangsa, semasa kejadian, anaknya dan seorang lagi rakan sedang melakukan aktiviti mandi dan berenang di lokasi kejadian dan kejadian berlaku sekitar jam 3 petang.
Salah seorang dari mangsa iaitu Abdul Rezan cuba untuk menyeberangi sungai tersebut tetapi gagal dan mangsa kedua iaitu Ferdinand cuba menyelamatkan rakannya tetapi turut hanyut di bawa arus.
Gambar PGO Sarawak