Penghawa dingin taska terbakar, seorang murid alami kecederaan semasa melarikan diri
KOTA SAMARAHAN: Seorang murid di Taska Sedidik Unimas mengalami kecederaan selepas seunit penghawa dingin dalam kelas terbakar tengah hari tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataannya hari ini mengesahkan, murid terbabit mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh ketika keluar dari bilik darjah untuk keluar menyelamatkan diri.
"Sepasukan anggota bomba dari BBP Samarahan bergerak ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kebakaran pada jam 12.49 tengah hari," ujarnya.
Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kebakaran yang melibatkan satu unit penghawa dingin yang terbakar kira 5 peratus anggaran peratusan dan telah berlaku "water damage" .
Kebakaran ujarnya berjaya dipadam oleh guru yang bertugas dengan menggunakan 4 unit alat pemadam api jenis debu kering termasuk 'sprinkler system" yang telah diaktifkan.
Jelasnya, api berjaya dikawal pada jam 1.25 petang.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantauan di sekitar lokasi kejadian bagi memastikan api telah dipadam sepenuhnya.
Setelah memastikan keadaan benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.
Secara amnya, taska berkenaan mempunyai 58 orang murid dengan 15 tenaga pengajar.
Gambar BBP Kota Samarahan