Pemandu lori cedera tersepit bertembung MPV
SERIAN—Seorang lelaki cedera tersepit selepas lori yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Serian-Tebedu pagi tadi.
Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dikerah ke lokasi sejurus mendapat panggilan jam 9.18 pagi.
"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya insiden pertembungan yang melibatkan lori dan MPV Toyota Innova dari arah bertentangan," ujarnya.
Komander operasi kemudiannya membuat "size-up" dan kerja-kerja penyelamatan mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan rescue tool (spreader) seterusnya mengeluarkan mangsa.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi bagi tujuan perawatan awal.
Seterusnya pihak bomba membuat kerja-kerja pembersihan jalan raya menggunakan satu unit saluran bantu mula air dari tangki jentera pada serpihan kenderaan sehingga selesai.
Setelah mendapati keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai.
Gambar PGO Sarawak