Melambung atas lori dirempuh kereta

KUCHING— Seorang lelaki melambung ke atas lori yang membawa muatan kerusi selepas motosikal ditunggangnya dilanggar kereta di Jalan Masja, Petra Jaya, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 2.43 petang tadi, mangsa cedera di bahagian kaki kiri akibat kemalangan itu.

Seorang lelaki melambung ke atas lori yang membawa muatan kerusi selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan kereta di Jalan Masja, Petra Jaya, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, mereka menerima panggilan melalui MERS 999 laporan kemalangan jalanraya dan mengarahkan PKO Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.

“Motosikal mangsa telah dilanggar sebuah kereta menyebabkan mangsa melambung ke atas belakang sebuah lori muatan kerusi.

“PKO bertindak mengalihkan mangsa yang berada di atas belakang lori menggunakan penyusung dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan awal sebelum dibawa ke hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi ditamatkan pada jam 3.15 petang.

Gambar ihsan PGO Sarawak
Next Post Previous Post