Lori bawa muatan lebih, berbahaya ditahan
SIBU— Keluar pada waktu malam antara taktik digunakan beberapa syarikat pengangkutan di sini untuk membawa muatan lebih dan berbahaya seperti kayu balak.
Namun taktik ini berjaya dipatahkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JP) Cawangan Sibu dalam Ops Lebih Muatan di Jalan Lanang dan Jalan Tunku Abdul Rahman di sini baru-baru ini.
“Dalam operasi tersebut, JPJ telah menahan dan menimbang kenderaan barangan lori yang disyaki membawa muatan bahaya dan berat.
“Kesalahan lain yang dikesan juga antaranya seperti melanggar syarat permit serta kesalahan teknikal yang lain,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Tambahnya, operasi ini akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kenderaan barangan terutamanya lori mematuhi peraturan jalan raya dan mematuhi had berat barangan yang ditetapkan semasa melalui laluan negeri dan Persekutuan.
Orang ramai boleh membuat aduan trafik melalui aplikasi e-Aduan@jpj atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan butiran aduan.