Liputan elektrik ke seluruh Sarawak menjelang 2025

BINTULU—Sasaran Sarawak untuk mencapai bekalan elektrik penuh ke seluruh bahagian mampu dicapai menjelang 2025, kata kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau berkata bahawa sejak tahun 2015, pelan induk eletrifikasi luar bandar telah dirangka yang mana direalisasikan dengan matlamat bagi membekal serta mempercepatkan penyambungan bekalan elektrik buat penduduk di kawasan luar bandar.

Katanya, program ini secara amnya dibiayai oleh Kerajaan Sarawak dengan jumlah peruntukan bernilai RM2.37 bilion bagi melaksanakan 188 projek bekalan elektrik luar bandar melalui pelbagai skim di seluruh Sarawak," ujarnya.


“Sarawak mampu mencapai impiannya bagi menyediakan bekalan elektrik 24 jam buat semua isi rumah di negeri ini dalam tempoh dua tahun akan datang.

"Ia adalah selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 7 untuk memastikan akses kepada tenaga elektrik dengan harga yang berpatutan, boleh dipercayai, lestari dan moden kepada semua rakyat Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Perasmian Projek Dana Pemohon Tambahan atau Lewat (ALAF) Rumah Lampoh Dana Jalan Bintulu-Tatau di sini, hari ini.

"Dengan dilengkapi dengan bekalan eletrik 24 jam ini secara tidak langsung akan memberikan manfaat buat semua isi rumah khususnya di kawasan pedalaman sekaligus meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan taraf kehidupan komuniti setempat secara amnya," jelas beliau.

"Justeru itu katanya, projek ALAF merupakan suatu inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak yang dilaksanakan di bawah projek rakyat melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan mendapat kerjasama daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) selaku agensi pelaksana bagi projek terbabit.

Beliau sebagai berkata bahawa melalui projek ini, Kerajaan Sarawak membiayai sepenuhnya kos pelaksanaan bagi kerja-kerja penyambungan elektrik fasa tunggal ke grid elektrik sedia ada.

Dalam pada itu jelasnya, pemohon di bawah projek ini juga layak untuk mendapat skim bantuan pendawaian dalam rumah atau AWS (Assisted Wiring Scheme) di mana pemohon boleh membayar kos pendawaian dalaman secara ansuran selama 36 bulan melalui bil elektrik SEB.

"Perlaksanaan projek ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan Sarawak bagi memastikan semua penduduk negeri ini khususnya kawasan luar bandar menikmati bekalan elektrik 24 jam.
Next Post Previous Post